PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI

Aktiviti Semasa | June 4, 2025
NADI x KEUSAHAWANAN 2025
Memperkasa Kejayaan Usahawan NADI

PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI

Melahirkan usahawan yang inovatif dan berdaya saing melalui Perkhidmatan Pintar NADI dan program latihan yang sistematik serta berstruktur yang disasarkan kepada usahawan dikalangan komuniti NADI.

4 Fasa menjadi IKON USAHAWAN NADI

Fasa 1 : Latihan keusahawanan secara atas talian di NADI

Fasa 2 : Kem Keusahawanan Peringkat Negeri “State Bootcamp”

Fasa 3 : Projek Mercu Peringkat Nasional

Fasa 4 : Peringkat Akhir : 50 Usahawan Terbaik di Persidangan NADI 2025

Adakah anda IKON Usahawan NADI yang kami cari? Memenuhi kriteria seperti di bawah:

Warganegara Malaysia

Berumur 18-60 tahun

Mesti berdaftar sebagai ahli NADI

Individu yang sedang menjalankan perniagaan – Produk atau perkhidmatan

Syarikat yang berdaftar atau belum berdaftar boleh turut serta

Komitmen terhadap pertumbuhan perniagaan / syarikat

Bersedia untuk menghadiri semua sesi aktiviti yang telah disusun seperti Video Pra Latihan, Podcast, Webinar dan Bootcamp.

Hanya 1 penyertaan untuk 1 syarikat (tiada penyertaan berulang dalam cohort lain)

Kepada yang berminat dijemput mendaftarkan permohonan di NADI berhampiran anda.