mcmc
Galeri

ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan tiga kadar Zakat fitrah bagi negeri Terengganu tahun ini iaitu RM7.40, RM6.80 atau RM4.60 bagi setiap orang

Sumber : MAIDAM